asyrafhussin

PETIKAN KATA-KATA PUJANGGA UMAR BIN ABDUL AZIZ

Posted by: xeifu on: October 29, 2009

“Sesungguhnya setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan. Justeru itu, sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidup di dunia untuk menempuhi perjalanan ke alam akhirat.”

“Wahai manusia! Bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak selain daripada neraka dan syurga, di mana kalian semua akan menuju ke arah salah satu di antara keduanya kelak.”

“Janganlah kalian semua dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya waktu solat. Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengahkan solat kerana tugas-tugas duniawinya nescaya syariat-syariat Islam yang lainnya akan lebih mudah dicuaikan olehnya.”

“Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga.”

“Hati hanya mampu menolong pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam mengendalikan pekerjaan tersebut.”

“Sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh menusia daripada hebatnya tipu helah dan perancangan musuh mereka.”

“Celakalah bagi sesiapa yang kepentingan duniawinya mengatasi matlamat ukhrawinya.”

“Perbanyakkan olehmu mengingati mati dan persiapkanlah bekalan akhiratmu sebaik-baiknya sebelum ajal menemui kalian kerana sesungguhnya memperbanyakkan mengingati mati akan menjauhkan hati daripada terpesona dengan kelazatan dunia.”

Leave a Reply

 

October 2009
M T W T F S S
« Jul   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 3,423 hits

Ingat!!!!

Jangan mudah terpedaya dengan hasutan dan fitnah semata-mata kerana ianya akan merosakkan Iman dan aqidah di dalam diri. Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah yakni kerjakan segala tuntutan yang di fardhukan ke atas kamu dan tinggalkan apa yang dilarang... Insya-Allah selamat di dunia dan di akhirat...