Pernah terdengar bisikan suaramu seorang ayah dan pejuang yang sering berbakti

pak-man.jpg

Suatu ketika dahulu, suaramu dan gurau sendamu selalu terdengar di setiap tempat yang memerlukan mu dalam perjuangan untuk Islam. Tetapi kini, dia pergi dan takkan kembali lagi. Inilah dinamakan perjuangan. Kami sentiasa mendo’akanmu PakMan semoga di tempatkan di golongan para syuhada’…Al-Fatihah…

Dia….

Seorang ayah yang penyayang,

Seorang pendidik yang berbakti,

Tidak pernah kenal erti penat dan lelah,

Meskipun ia susah dan payah,

Dalam meniti perjuangan yang satu,

Di sisi Tuhan yang maha esa..

Dia….

Seorang insan yang memimpin diriku,

Sentiasa mendengar rintihan hatiku,

Mengajarku ilmu mengenal Tuhan,

Pencipta diri ini…

Dia….

Sentiasa berpesan kepada diriku…

Ilmu akhirat wajib dipelajari,

Bekalan untuk bertemu Ilahi,

Ilmu duniawi boleh dicari,

Panduan hidup untuk berbakti..

Dia….

Adalah ayah..

Adalah bapa..

Adalah guru…

Mengajarku tentang impian..

Impian menjadi anak yang soleh,

Membantu ibu, menolong ayah…

Agarku dapat berbakti di negeri abadi…

Dia….

Mengajarku erti ketaatan,

Mengasuhku erti kesolehan,

Menjadi hamba yang terbaik disisi Tuhan,

Untuk hati yang penuh kemuliaan,

Dia….

Kini hanya tinggal kenangan yang tidak terperi,

Ayah pergi jauh dan tidak kembali,

Kerana ku tahu betapa kecilnya dunia ini,

Yang disayangi hati lebih disayangi Ilahi,

Dia….

Tidak pernah ku lupa…

Setiap detik, setiap saat,

Sentiasa ku ingat di dalam hati kecilku,

Kerana ku tahu Allah menyayangimu…

Ku berdo’a pada Ilahi,

Semoga Roh mu sentiasa dicucuri,

Rahmat kasih dari Ilahi…

Ya rabbul izzati….

Hasil Nukilan : Asysya Hussin, Khamis, 1 November 2005, 2:15:34 a.m, Cheras, Kuala Lumpur ©Hakcipta Terpelihara 2005

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s