CINTA sejati memang tiada KECUALI!!!

> Awak mengetahui yang awak merindui
> seseorang apabila jantung awak
> berdegup pantas ketika teringatkan
> dia. Walaupun sekadar hai? daripada
> dia pun sudah mencukupi sebagai
> penenang. Awak mungkin menaruh hati
> padanya, cuma awak tidak mahu
> menerimanya sebagai kenyataan.
> Jangan terlalu baik, saya akan
> merindui awak.
> Jangan terlalu mengambil berat, saya
> mungkin menyukai awak.
> Jangan jadi terlalu sweet,saya mungkin
> jatuh hati kepada awak.
> Seseorang yang membuatkan awak jatuh
> hati padanya sebenarnya menyayangi
> awak lebih daripada awak menyayangi
> dia.
> Jika seseorang yang hadir dalam hidup
> kamu dan menjadi sebahagian daripada
> hidup kamu,
> tetapi atas sebab-sebab tertentu dia
> terpaksa pergi, jangan terlalu sedih…
> terimalah kenyataan itu dan sekurang-
> kurangnya dia pernah membahagiakan
> kamu.
> Masa akan menentukan segala- galanya.
> Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia
> akan kembali. Kembali pada kamu.
> Penyesalan terbesar dalam hidup ialah
> apabila risiko yang tidak kita ambil.
> Jika anda merasakan sesuatu itu tidak
> akan membuatkan anda bahagia, maka
> teruskan. Ingatlah bahawa kita akan
> melalui semua ini hanya sekali,
> mungkin tiada peluang kedua. Bererti
> masa tidak menunggu kita. Jika anda
> merasakan anda telah bertemu dengan
> orang yang sesuai, maka hargailah dia,
> jangan biarkan ia berlalu begitu
> sahaja. Jangan tertangguh kerana takut
> kelak jika dibiarkan berlalu maka anda
> akan menyesal sebgitu sahaja. Tiada
> sesiapa pun yang simpati kepada orang
> yang sengaja membiarkan peluang pergi
> begitu sahaja tanpa berusaha untuk
> mendapatkannya atau mempertahankan.
> Kita selalunya tidak menghargai
> seseorang yang hampir atau menyayangi
> kita sehingga dia pergi meninggalkan
> kita.
> Terdapat bintang di langit tetapi
> hanya satu sahaja yang begitu
> menyerlah sehingga dapat menarik
> perhatian anda.
> Dari kalangan yang anda pilih untuk
> diabaikan ialah sebutir bintang yang
> sanggup menyinari anda walau di mana
> anda berada.
> Ini bermakna orang yang bersama anda
> ketika ini mungkin bukanlah orang yang
> benar-benar anda sayangi dan pada masa
> yang lain ada orang yang tahu dia
> tidak bersama kamu ketika ini tetapi
> masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.
> Adalah lebih baik untuk berani
> mencintai walaupun akhirnya anda akan
> kecewa daripada tidak mahu mencintai
> kerana takut risiko atau cabaran yang
> bakal mendatang.
> Jangan putus asa apabila terdapat
> saingan dalam percintaan. Adalah lebih
> baik untuk anda mencubanya, anda
> mungkin akan kehilangan orang yang
> anda sayangi selamanya.
> Jangan takut untuk meluahkan isi hati
> anda kepada orang yang anda sayangi
> dan cintai.
> Beritahu mereka dan biarkan mereka
> buat keputusan di pihak mereka.
> Salah satu perkara yang paling indah
> dalam hidup ialah memberitahu kepada
> orang yang anda sayangi betapa penting
> dan istimewanya mereka kepada anda.
> Anda akan rasa lebih yakin dan puas.
> Malah, anda juga kan rasa bangga
> terhadap diri anda kerana telah
> menunaikan tanggungjawab anda terhadap
> perasaan dan hati anda.
> Jangan sesekali mengkhianati hati anda
> kerana akibatnya hanya anda yang
> sengsara, bukan orang lain. Salah satu
> cabaran yang paling sukar dalam hidup
> ialah mencari orang yang tahu segala
> kelemahan dan kekurangan diri anda,
> tetapi dia masih sanggup menyayangi
> anda dengan sepenuh hatinya.
> Cinta itu adalah berasakan tolak ansur
> dan pengorbanan. Jika dia tahu
> kelemahan dan kekurangan anda dan
> masih sanggup bersama anda dan lebih
> menyayangi anda, maka anda adalah
> orang yang paling bertuah kerana ada
> seseorang yang mencintai anda seadanya
> anda.
> Mencintai dan dicintai perlukan
> keberanian. Keberanian untuk terus melangkah
> mencapai Cinta Sejati kerana ALLAH dan RasulNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s