Anwar menang besar di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) diumumkan memang besar dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di sini, semalam.

Beliau yang hadir ke pusat penjumlahan undi di sini pada jam 9.40 malam semalam turut disertai puluhan ribu penyokongnya yang memenuhi padang Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) sejak dari jam 5 petang.

Dalam pilihan raya yang dikatakan bakal mencipta sejarah besar negara, Anwar berjaya memenangi hati rakyat Permatang Pauh setelah diisytihar menang dengan dengan bergaya.

Malah jumlah undi majoriti yang dimenangi oleh Anwar turut mengatasi jumlah undi yang diperolehi oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan semalam, Anwar berjaya mendapat sebanyak 31,195 undi, Arif Shah (BN) mendapat 15,524 undi manakala Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), 92 undi dari kesemua 28 pusat undi dan 111 saluran mengundi termasuk undi pos. Malakala 447 undi rosak.

Anwar memperoleh majoriti sebanyak 15,579 undi berbeza dengan majoriti yang dimenangi oleh isterinya sebelum ini iaitu sebanyak 13,388 undi.

Menurut Anwar, majoriti besar yang dicapainya menunjukkan rakyat Permatang Pauh tidak terpengaruh dengan dakyah yang digunakan BN dalam memancing undi.

Keputusan yang diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh, Roslan Yahaya semalam juga menyaksikan seramai 46,274 pengundi berdaftar keluar mengundi dengan jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 810.

Semalam juga para pimpinan BN tidak kelihatan di IPTB dan dewan hanya dipenuhi pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Dewan Tuanku Bainun juga dipenuhi puluhan wartawan dari dalam dan juga luar negara bagi melaporkan keadaan semasa di sini.

Seksa Tinggalkan Solat!!!!

SIKSA TINGGALKAN SEMBAHYANG FARDHU

Yeah.. bukan senang nak jaga solat lima waktu walaupun ianya hanya 5 kali dlm sehari.. Namun, kuatkan hati, berazam supaye kite seme bole laksanakan.. n as we noe, bile kiter seme dibangkitkan kelak pade hari kiamat, kewajipan solat yang akan disoal Allah dahulu..

*Meninggalkan fardhu Isyak: Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.

*Meninggalkan fardhu Asar: Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

*Meninggalkan fardhu Zohor: Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.

*Meninggalkan fardhu Maghrib: Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

*Meninggalkan fardhu Subuh: Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.